Home » Langit Terbuka » Kerajaan akan terus bantu industri pembuatan tempatan

Kerajaan akan terus bantu industri pembuatan tempatan

Perdana Menteri berkata, walaupun kemampuan kewangan kerajaan adalah terhad, namun kerajaan mahu melihat Malaysia menjadi sebuah negara industri. _ Foto Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan terus menyalurkan bantuan dan sokongan kepada penggiat industri pembuatan tempatan, setakat yang termampu.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata walaupun kemampuan kewangan kerajaan adalah terhad, namun kerajaan mahu melihat Malaysia menjadi sebuah negara industri.

“Syarikat yang menerima bantuan perlu lebih berusaha untuk berjaya sehingga tidak memerlukan lagi bantuan kerajaan.

“Ini supaya bantuan dapat diberikan kepada pihak lain yang memerlukan,” katanya ketika berucap melancarkan produk silinder komposit gas petroleum cecair (LPG) 14 kilogram jenama ACGAS, dikeluarkan Astana City Group Sdn Bhd (ACG) di sini.

ACG adalah operator ketujuh terlibat dalam pemasaran LPG ke pasaran Malaysia dengan syarikat itu diberi subsidi pengendalian gas LPG oleh Kementerian Kewangan pada November 2018. – Bernama

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *