Home » Langit Terbuka » Kerajaan Arab Saudi lulus 31,600 kuota haji jemaah Malaysia

Kerajaan Arab Saudi lulus 31,600 kuota haji jemaah Malaysia

tahun lalu, Kerajaan Arab Saudi meluluskan 14,306 kuota haji Malaysia iaitu 45 peratus daripada kuota tahunan yang biasa diterima. - Foto Jatimnetwork.com

PUTRAJAYA – Malaysia menerima kuota haji untuk penghantaran seramai 31,600 jemaah daripada Kerajaan Arab Saudi, tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar, berkata kelulusan itu diberikan Menteri Haji dan Umrah, Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabia ketika beliau menghadiri mesyuarat bersempena Persidangan Perkhidmatan Haji dan Umrah 2023 yang dianjurkan Kerajaan Arab Saudi, semalam.

Menurutnya, mesyuarat khas itu berlangsung dengan penuh mahabbah (taqwa, keadilan, kejujuran, amanah dan bertanggungjawab) khususnya bagi membincangkan aspek persiapan musim haji tahun ini.

Katanya, pada mesyuarat itu Dr Tawfiq Fawzan juga memuji Malaysia khususnya Lembaga Tabung Haji (TH) atas pengendalian haji yang baik, sistematik dan tahap layanan jemaah haji yang perlu dijadikan contoh kepada pihak lain.

“Saya menegaskan, TH akan sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada bakal jemaah haji Malaysia dan akan mematuhi ketetapan diadakanKerajaan Arab Saudi,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Pada tahun lalu, Kerajaan Arab Saudi meluluskan 14,306 kuota haji Malaysia iaitu 45 peratus daripada kuota tahunan yang biasa diterima dan terpakai kepada semua negara.

Jemaah haji yang dibenarkan pula adalah berusia 65 tahun ke bawah, tiada penyakit kronik, mempunyai sijil vaksinasi COVID-19 dan perlu mengemukakan keputusan negatif ujian calitan (PCR) dalam tempoh 72 jam daripada masa berlepas.

Mohd Na’im berkata, bagi pihak Kerajaan Malaysia beliau menzahirkan rasa bersyukur dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi atas kuota diberikan itu.

Katanya, beliau yakin penilaian sudah dibuat oleh Kerajaan Arab Saudi dari semua aspek bagi memastikan keselamatan bakal jemaah haji dari seluruh dunia terjamin ketika menunaikan rukun Islam yang ke lima.

“Saya memohon kepada semua umat Islam dapat bersama-sama berdoa kepada Allah SWT agar dipermudahkan perjalanan haji tahun ini serta mendoakan pihak TH dapat menguruskan jemaah haji Malaysia dengan baik dan lancar,” katanya. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *