Home » Citra Yadim » Dakwah YADIM gunakan input Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia

Dakwah YADIM gunakan input Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia

Yang Dipertua Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia (Malaysia), Ustaz Wan Subki Wan Salleh (tengah) ketika kunjungan ke YADIM pada 11 Januari. - Foto Amira Syamimi Azman

PUTRAJAYA – Latihan dan pembangunan duat oleh YADIM bakal diperkasakan lagi selepas ini menerusi input daripada Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia.

Yang Dipertua Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia (Malaysia), Ustaz Wan Subki Wan Salleh berkata, ia antara bentuk kerjasama yang bakal dijalin bersama YADIM dengan pihaknya.

Menurut beliau lagi, pihaknya juga berhasrat untuk melibatkan diri dengan lain lain bentuk program YADIM selepas ini.

“Ia termasuklah kerjasama dalam aspek seperti pengantarabangsaan program dakwah dan penyelidikan,”ujar beliau.

Butiran tersebut antara yang dibincangkan pihaknya dalam kunjungan beliau ke YADIM pada 11 Januari. Antara yang terlibat dalam perbincangan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Pengarah Kanan Sektor Penyelidikan, Penerbitan dan Antarabangsa, Puan Zalilah Bahari dan Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita, Puan Rohaizah Jawahir.

Dalam pada itu, antara yang turut ditekankan dalam perbincangan ini ialah mengenai buku Islam Rahmah yang bakal diterbitkan bersama antara YADIM dan Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia.

Pelbagai aspek dibincangkan mengenai buku ini termasuklah rancangan untuk diadakan seminar mengenainya selain cadangan untuk dilancarkan oleh kepimpinan negara dalam Mesyuarat Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia pada Februari atau Mac ini.

YADIM sebelum ini pernah bekerjasama dalam pelbagai bidang dakwah menerusi satu Memorandum Persefahaman dengan Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia yang ditandatangani pada tahun 2020.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *