Home » Langit Terbuka » Kerajaan Bina Rangka Kerja Untuk Kanak-Kanak Terbantut Bersama UNICEF

Kerajaan Bina Rangka Kerja Untuk Kanak-Kanak Terbantut Bersama UNICEF

Timbalan Perdana Menteri berkata rangka kerja Hala Tuju Kesejahteraan Kanak-Kanak itu akan memberi fokus melibatkan program-program pembangunan kanak-kanak kurang bernasib baik bagi memastikan nasib mereka terbela dan masa depan yang lebih cerah kelak.

PUTRAJAYA – Kerajaan bersama Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mencapai persetujuan untuk membina satu kerja khusus untuk pembangunan kanak-kanak terbantut di Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Wan Azizah berkata rangka kerja Hala Tuju Kesejahteraan Kanak-Kanak itu akan memberi fokus melibatkan program-program pembangunan kanak-kanak kurang bernasib baik bagi memastikan nasib mereka terbela dan masa depan yang lebih cerah kelak.

“Saya berbesar hati untuk mengatakan UNICEF komited untuk membantu kami dalam usaha ini.

“Semua kementerian, termasuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang saya kendalikan juga akan bersama-sama untuk menjayakan usaha ini,” kata beliau semasa sidang media di pejabatnya hari ini.

Satu mesyuarat berhubung rangka kerja tersebut turut diadakan bersama dengan Menteri Kesihatan Dr Dzulkelfy Ahmad, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik, Menteri Pembangunan Luar Bandar Rina Harun dan wakil UNICEF.

Jelas Wan Azizah, langkah merangka program tersebut membuktikan komitmen kerajaan dalam mengatasi masalah berhubung pembangunan kanak-kanak kurang bernasib baik di peringkat akar umbi.

“Kita tidak boleh mengatakan kita adalah masyarakat yang bertanggungjawab jika mengabaikan mereka yang sangat memerlukan perhatian,” ujarnya lagi.

Jangka masa untuk menyiapkan rangka kerja ini selama sebulan dan Jawatankuasa Sekretariat setiap kementerian akan memantau proses tersebut bagi memastikan masalah melibatkan kanak-kanak terbantut ini mendapat pembelaan. – MALAYSIAGAZETTE

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *