Home » Langit Terbuka » Rakyat Harap Kerajaan Baharu Titik Berat Soal Jalan Di Sabah

Rakyat Harap Kerajaan Baharu Titik Berat Soal Jalan Di Sabah

Jalan berlubang, berlopak, tidak sekata dan mendap serta tiada lampu jalan adalah pemandangan biasa di jalan-jalan kawasan luar bandar khususnya di kawasan pantai timur Sabah

TAWAU –  Jalan berlubang, berlopak, tidak sekata dan mendap serta tiada lampu jalan adalah pemandangan biasa di jalan-jalan kawasan luar bandar khususnya di kawasan pantai timur Sabah.

Pengguna jalan raya di kawasan berkenaan sudah lali dengan keadaan itu, namun berharap pentadbiran baharu kerajaan negeri akan menitikberatkan soal infrastruktur asas seperti jalan raya di luar bandar yang perlu diselenggara atau dinaik taraf.

Ibrahim Tabir, 40, yang berasal dari Kampung Simpang 4, Kunak berkata jalan raya rosak serta ketiadaan lampu jalan boleh menjadi punca kepada kemalangan.

“Kami harap kerajaan baharu dapat mengambil pendekatan perlu untuk membaiki jalan-jalan rosak misalnya di Jalan Persekutuan (di Kunak) yang telah lama mendap dan ketiadaan lampu jalan.

“Jalan ini merupakan antara laluan utama pengguna dari Kota Kinabalu untuk singgah ke Kunak, Semporna atau Tawau,” katanya. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *