Home » Langit Terbuka » Kerajaan cadang jawatan Mufti setaraf Exco

Kerajaan cadang jawatan Mufti setaraf Exco

KUALA LUMPUR 7 Ogos – Kerajaan mencadangkan jawatan mufti dinaik taraf setara dengan jawatan Exco kerajaan negeri bagi membolehkan mufti memberikan pandangan mengenai agama Islam melalui mesyuarat Exco untuk disalurkan kepada kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pandangan yang diberikan oleh semua 14 mufti seluruh negara itu boleh disatukan dan dicambahkan dalam membantu kerajaan merealisasikan agenda transformasi pembangunan negara mengikut landasan syarak.

“Sebagai contoh tentang isu perjudian di mana dalam Islam hasil pandangan 14 ulama seluruh negara inilah yang menjelaskan bahawa umat Islam tidak dibenarkan berjudi walaupun di premis yang berlesen.

Mahkamah syariah berkuasa menjatuhkan hukuman (terhadap orang Islam yang berjudi),” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Jamil Khir berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Fauzi Abdul Rahman (PKR-Indera Mahkota) berkenaan kesediaan kerajaan mengadakan Himpunan Majlis Ulama untuk menyelaras kegiatan dakwah di negara ini.

Katanya kerajaan dari semasa ke semasa juga telah menyediakan platform pencambahan ilmu dengan menghimpunkan ulama, cendekiawan dan badan bukan kerajaan (NGO) Islam seluruh negara melalui program berkala seperti Majlis Ulama- Umara. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *