Home » Langit Terbuka » Golongan ateis kurang didikan agama, perlukan panduan: Mufti Perak

Golongan ateis kurang didikan agama, perlukan panduan: Mufti Perak

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan kumpulan yang tidak percayakan tuhan atau ateis adalah kerana kurang didikan agama hingga menjadikan mereka mudah keliru.

“Kita tidak mahu anak-anak menjadi keliru, sehingga tidak tahu memilih yang baik atau buruk dalam kehidupan mereka.

“Golongan tidak percayakan Tuhan ini wujud kerana kurang pendidikan agama, manakala keluarga atau ibu bapa tidak memainkan peranan mereka.

“Di sekolah, mereka celaru dengan ilmu diperoleh. Pendakwah pun bercelaru, macam-macam ajaran dan pendapat sehingga timbul kekeliruan dalam kalangan umat Islam itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata, perkara itu kemudiannya diburukkan dengan perselisihan pendapat antara pendakwah terhadap isu tertentu sehingga mereka semakin celaru.

Justeru, tegasnya, di sinilah peranan ibu bapa dalam mendampingi anak-anak dan memberi pendidikan serta menerapkan nilai-nilai akhlak.

“Jika ibu bapa tidak mengambil berat dan bersikap sambil lewa, tidak hairanlah anak-anak mudah terdedah lalu terjebak dengan gejala rosak akidah, hilang kemuliaan akhlak serta maruah,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan sekumpulan anak Melayu beragama Islam menyertai Kelab Atheist Republic Kuala Lumpur yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan.

Kumpulan itu dipercayai terdiri daripada orang Melayu dan Islam yang menggelar diri mereka sebagai ‘bekas Muslim’ serta didakwa mengadakan pertemuan secara tertutup di Kuala Lumpur, baru-baru ini. – www.ismaweb.net

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *