Home » Langit Terbuka » Kerajaan diminta timbang cadangan SPRM

Kerajaan diminta timbang cadangan SPRM

Ketua Pesuruhanjaya SPRM berkata, kajian itu wajar dilaksanakan bagi menambah hukuman rasuah di bawah Akta SPRM 2009 yang sedia ada

PUTRAJAYA – Kerajaan diminta menimbang dan melakukan kajian lebih terperinci berhubung cadangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar pesalah rasuah dikenakan hukuman sebat.

Ketua Pesuruhanjaya SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull berkata, kajian itu wajar dilaksanakan bagi menambah hukuman rasuah di bawah Akta SPRM 2009 yang sedia ada iaitu penjara maksimum 20 tahun dan denda.

Beliau menjelaskan, hukuman sebat bakal menjadi satu pengajaran serius dalam menangani gejala rasuah yang semakin serius di negara ini.

“Jika kesalahan menipu dikenakan sebat, apatah lagi rasuah yang merupakan punca segala jenayah.

“Rasuah merupakan punca jenayah merebak, daripada kegiatan ini, berlakunya penyeludupan, berjudi, minum arak dan jenayah lain,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Bacaan Yasin dan tahlil serta ceramah agama sempena ulang tahun ke-51 SPRM di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini.

Pada masa sama, Mohd. Shukri berkata, selepas kajian dilakukan, cadangan hukuman sebat perlu melalui proses pengubalan undang-undang sebelum dilaksanakan.

“Dalam soal ini, kita (SPRM) amat serius dan tidak main-main untuk memerangi jenayah rasuah.

“Sehubungan itu, hukuman sebat merupakan langkah lain kita dalam mendidik rakyat Malaysia bebas daripada belenggu rasuah,” katanya. – Utusan Malaysia

 

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *