Home » Langit Terbuka » Kerajaan India hapus subsidi haji

Kerajaan India hapus subsidi haji

NEW DELHI 17 Jan. -Kerajaan India mengumumkan untuk menghentikan pemberian subsidi kepada ribuan umat Islam yang mahu menunaikan haji di kota suci Mekah.

Pemansuhan polisi itu merupakan langkah bagi memperkasakan bantuan kepada kumpulan minoriti agar hak mereka terbela di India.

Menteri Hal Ehwal Minoriti, Mukhtar Abbas Naqvi berkata, dana subsidi kini akan digunakan untuk menampung pembiayaan pendidikan bagi kanak-kanak perempuan dan wanita dari golongan minoriti.

Pemansuhan itu berdasarkan keputusan  Mahkamah Agung pada tahun 2012 yang telah mengarahkan kerajaan untuk mengurangkan subsidi secara beransur-ansur dan memansuhkannya pada tahun 2022.

Malah, langkah itu disambut baik oleh penganut agama Islam di negara tersebut.

Memetik laporan Al Jazeera, Presiden Majlis-e-Mushawarat India Muslim, Navaid Hamid berkata, pemansuhan itu telah lama dinantikan penduduk Islam di India.

“Sebelum ini, subsidi itu digunakan bagi mengecam umat Islam selain menyebarkan pembohongan bahawa mereka mudah dipergunakan untuk meraih undi,” tambah Hamid.-ASTRO  AWANI

Artikel Berkaitan

Pengurusan Nafkah Dalam Keluarga

Secara prinsipnya, fitrah kewajipan memberikan nafkah merupakan tanggungjawab suami sehingga wajib bekerja dengan baik melalui usaha yang halal dan wanita sebagai kaum

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *