Home » Langit Terbuka » Kerajaan Kedah tidak keluarkan lagi lesen premis judi

Kerajaan Kedah tidak keluarkan lagi lesen premis judi

Menteri Besar Kedah menegaskan, tindakan menghentikan pengeluaran lesen itu untuk menjadikan Kedah bebas judi memandangkan aktiviti tidak sihat itu hanya membawa kesan negatif serta mengundang kerosakan. - Foto Malakat Tribune

ALOR SETAR – Kerajaan Kedah akan mengharamkan semua kedai nombor ekor daripada terus beroperasi dengan tidak memperbaharui lesen perniagaan mereka.

 

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, keputusan berkenaan diambil hasil perbincangan pada Mesyuarat Khas Exco Kerajaan Negeri minggu lalu.

 

Menurut beliau, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak akan mengeluarkan lagi kelulusan lesen premis judi di seluruh negeri Kedah.

 

Tindakan berkenaan untuk menjadikan Kedah bebas judi memandangkan aktiviti tidak sihat itu hanya membawa kesan negatif serta mengundang kerosakan menyebabkan keruntuhan institusi kekeluargaan, selain masalah hutang.

 

Muhammad Sanusi berkata demikian pada sidang media selepas membentangkan Bajet 2022 Kedah pada 14 November.

 

Justeru itu katanya, sebagai Ketua Kerajaan, beliau bertanggungjawab memastikan negeri ini bebas judi dan lesennya tidak lagi dikeluarkan di semua PBT seluruh Kedah.

 

Sementara itu tegas Muhammad Sanusi, penjualan arak di Kedah juga akan dihadkan kepada masyarakat bukan Islam sahaja termasuk di premis bebas cukai di Langkawi. – AlHijrah Online

 

 

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *