Home » Citra Yadim » Pertemuan YADIM, NGO Islam Perlis

Pertemuan YADIM, NGO Islam Perlis

KANGAR – Usaha melestarikan gerakan dakwah di negeri ini digiatkan lagi oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis.

Program YADIM Interaktif:  Pertemuan dan Ramah Mesra bersama badan bukan kerajaan (NGO) Islam telah diadakan pada 14 November.

Ia mendapat sambutan menggalakkan apabila 20 NGO melibatkan diri dalam pertemuan ini.

Antara yang hadir ialah Hidayah Centre, Ikram, LKPI, PERKIM, IKKAF,  persatuan  Ibn Qayyum, One Centre Malaysia dan lain-lain lagi.

Dalam pertemuan  ini, keputusan di capai untuk menubuhkan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) Perlis  dalam usaha  menyemarakkan penyelarasan  aktiviti bersama NGO Islam di negeri ini.

Program ini diakhiri dengan perlawanan i-Futsal mahabbah antara Sukarelawan YADIM, Rakan Siswa YADIM dan rakan rakan NGO.

Semoga penyelarasan NGO Islam ini merancakkan lagi Bulan Dakwah 2.0 di negeri ini.

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *