Home » Citra Yadim » Kerajaan Menghargai Peranan Zamalah YADIM

Kerajaan Menghargai Peranan Zamalah YADIM

KUALA TERENGGANU – Dalam kesibukan jadual lawatan kerja ke Terengganu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli Hasan telah meluangkan masa menghadiri Liqa’ Mahabbah Zamalah YADIM Negeri Terengganu di Kuala Terengganu pada 18 April.

Program ini menghimpunkan 13 orang Ahli Zamalah YADIM Negeri Terengganu dalam suasana penuh ukhuwah dan kebersamaan.

Selain bertukar idea dan pandangan, pertemuan ini turut menjadi platform menghargai peranan dan sumbangan ahli Zamalah YADIM Negeri Terengganu yang terus komited dalam menyampaikan dakwah serta menyantuni masyarakat.

Lebih banyak program seperti ini akan dilaksanakan bagi memperkukuh ukhuwah serta memperkasa peranan Ahli Zamalah YADIM Negeri Terengganu dalam menyebarkan dakwah kepada masyarakat.

Pengarah YADIM Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Kamal Nazmi Kamaruddin bersama kakitangan turut hadir sama.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *