Home » Langit Terbuka » Kerajaan timbang selaras umur perkahwinan pengantin Islam kepada 18

Kerajaan timbang selaras umur perkahwinan pengantin Islam kepada 18

Menurut Peguam Negara, pegawainya terlibat secara aktif dalam proses rundingan antara kerajaan persekutuan dengan negeri-negeri dalam usaha menyelaraskan undang-undang berkaitan dan menggubal pindaan ke atas Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984. - Foto Baitul Muslim

PUTRAJAYA – Kerajaan kini meneliti cadangan untuk menaikkan umur minimum perkahwinan pengantin perempuan Islam daripada 16 kepada 18 tahun, kata Peguam Negara Tommy Thomas.

“Ia adalah antara cadangan yang kini diteliti oleh Pejabat Peguam Negara bagi memelihara kebajikan dan kepentingan kanak-kanak terbabit,” katanya dalam satu ucapan ketika merasmikan edisi ke-11 tahun perundangan di sini, pada 10 Januari.

Beliau berkata, pegawainya terlibat secara aktif dalam proses rundingan antara kerajaan persekutuan dengan negeri-negeri dalam usaha menyelaraskan undang-undang berkaitan dan menggubal pindaan ke atas Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Katanya, kerajaan mengambil langkah mula untuk memperkenalkan perundangan pemulihan dalam sistem undang-undang melibatkan pesalah kanak-kanak.

“Program ini bertujuan untuk memindahkan kanak-kanak di bawah usia 18 yang melakukan kesalahan jenayah daripada sistem undang-undang jenayah sedia ada dan memperkenalkan undang-undang pemulihan kanak-kanak,” katanya.

Thomas berkata, di bawah perundangan pemulihan, pesalah akan diberikan amaran keras sebelum dirujukkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Katanya, jabatan itu akan melaksanakan proses kaunseling, pementoran, pendidikan dan kerja-kerja komuniti bergantung kepada tabii kesalahan.

“Ini selaras dengan Artikel 40 Piagam Hak Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu,” katanya. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *