Home » Citra Yadim » Kerjasama pintar LYSB, An Najwa Travel

Kerjasama pintar LYSB, An Najwa Travel

LEMBARAN YADIM Sdn Bhd (LYSB) kini berhasrat meluaskan bidang perniagaanya dalam industri pelancongan sebagai salah satu langkah kekal berdaya saing dalam persekitaran yang semakin mencabar.

Menerusi kerjasama dengan syarikat An Najwa Travel, keduanya berhasrat mengadakan program Kembara Dakwah Madani yang mensasarkan pelbagai pihak seperti pendakwah, kakitangan kerajaan, swasta atau sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai pelancongan dakwah.

Antara cadangan lokasi termasuklah di Filipina, yang menawarkan peluang kepada peserta bukan sahaja untuk melancong, malah terlibat dengan pembangunan dakwah di sana seperti pengimarahan masjid, pendidikan Islam dan sebagainya.

Persetujuan jalinan kerjasama antara anak syarikat YADIM itu dengan An Najwa Travel dicapai dalam satu pertemuan di ibu pejabat YADIM pada 7 September.

Mewakili LYSB ialah Pengerusinya, Profesor Madya Dr Adi Anwar Azmin selaku Timbalan Yang Dipertua YADIM, Ahli Lembaga Pengarahnya, Encik Ahmad Muszaki Mohd Ozir, Pengurus Besar, Encik Megat Mohd Hamzani Megat Hamidi dan Pengurus Pembangunan Perniagaan, Encik Mohd Uzairu Mohamed.

An Najwa Travel pula diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Latif Shaari, Pengurus Pembangunan Perniagaan, Dato’ Muhammad Anwar Abdullah dan Pengurus Operasi, Mohd Shahril Isa.

Kembara Dakwah Madani yang dianjurkan secara kerjasama pintar dengan An Najwa Travel bakal membuka lembaran baharu perniagaan LYSB yang ketika ini memfokuskan kepada bidang peruncitan.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *