Home » Citra Yadim » Kerjasama program YADIM – Kementerian Pendidikan

Kerjasama program YADIM – Kementerian Pendidikan

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan memberikan reaksi positif berhubung cadangan kerjasama program antara mereka dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Menterinya, Yang Berhormat Dr Maszlee Malik ketika ditemui oleh kepimpinan YADIM di pejabatnya di sini hari ini (1 Oktober) pada jam 2.30 petang,  menyambut baik cadangan jalinan kerjasama program antara kementeriannya dengan badan dakwah ini.

Antara bentuk kerjasama yang dicadangkan ialah bagi penubuhan Rakan Siswa YADIM, Rakan Remaja YADIM dan Sahabat Guru YADIM di semua institusi di bawah Kementerian Pendidikan.

Dalam pertemuan berkenaan, YADIM diwakili oleh Yang Dipertuanya, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz, Ahli Lembaga Pemegang Amanahnya, Datuk Dr Samsu Adabi Mamat, Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Perkaderan, Kapten (B) Shamsuddin Moner serta Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda, Normawati Muhammad.

Pada masa yang sama, pertemuan ini juga bertujuan menyampaikan surat jemputan kepada Maszlee untuk program Town Hall Kepimpinan Mahasiswa Universiti.

Program anjuran Bahagian Kepimpinan Muda ini dijadualkan diadakan pada 2 November ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *