Home » Citra Yadim » Kerjasama YADIM bersama RTM Melaka di radio MelakaFm

Kerjasama YADIM bersama RTM Melaka di radio MelakaFm

JELAJAH Ramadan bersama RTM dan siri pengisian program dakwah di stesen radio MelakaFm merupakan antara bentuk kerjasama yang dirancang untuk diadakan bersama antara YADIM dan RTM Melaka.
Menerusi kerjasama itu nanti, ia diharap dapat memanfaatkan kedua pihak disamping menyantuni golongan sasaran masing-masing.
Hasrat tersebut ditimbulkan dalam pertemuan antara YADIM dan RTM Melaka di Jalan Taming Sari, Melaka pada 31 Januari.
Hadir mewakili YADIM ialah Pengarah Negeri Sembilan dan Melaka, Ustaz Halim Ismail serta Penolong Pengarahnya, Mohd Khamis Mohamad Sani dan Syed Mohsein Al Yahya.
RTM Melaka pula diwakili Pengarah Jabatan Penyiaran Melaka, Puan Siti Nurbaini Khairi dan pegawainya.
Jelajah Ramadan merupakan sebuah program peringkat kebangsaan yang bermula di Angkasapuri, Kuala Lumpur sebelum singgah di Melaka pada 21 Mac nanti.
Antara pengisiannya termasuklah sumbangan kepada anak yatim, jelajah sahur dan program bersama petugas barisan hadapan.
Sebelum ini, YADIM telah beberapa kali terlibat dengan program Jelajah Ramadan sejak 2019 dan menyantuni penduduk memerlukan di beberapa Dewan Undangan Negeri di Melaka seperti Asahan dan Duyong.
Sementara itu, perbincangan turut diadakan untuk YADIM terlibat dengan beberapa rancangan di stesen radio MelakaFM khususnya dalam rancangan keagamaan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *