Home » Citra Yadim » Kerjasama YADIM dan Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Kerjasama YADIM dan Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

MENINGKATKAN Kefahaman Malaysia Madani di kalangan belia dan pelajar institusi kemahiran merupakan antara bentuk kerjasama yang dicadangkan untuk dijalin pada masa akan datang antara YADIM dan Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia.

Menerusi cadangan berkenaan kelak, YADIM dan Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia serta golongan sasar kedua pihak ini diyakini akan mererima manfaat hasil program yang dilaksanakan bersama itu nanti.

Cadangan berkenaan antara yang dilontarkan dalam kunjungan Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia ke ibu pejabat badan dakwah ini pada 12 September.

Mewakili Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia ialah Pengarah Kemahiran, Encik Shahrul Affendi Baharudin, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Hal Ehwal Pelajar (HEP), Encik Khalid Mohamad Yusoff, Penolong Pengarah Kanan (HEP) 1, Puan Mahanum Fauzi dan Penolong Pegawai Latihan Kanan (HEP) 3, En Khairul Anwar Kamarudin.

YADIM pula diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ustaz Zamri Zainal Abidin, Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda, Encik Shahrizal Mat, Pengarah Institut Latihan Dakwah YADIM, Encik Mohd Fitri Aziz Yusof serta para pegawai mereka.

Sementara itu, dalam pertemuan yang sama, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia turut mencadangkan agar selepas ini kedua pihak boleh menumpukan kepada program-progam melibatkan Majlis Kepimpinan Pelajar pula.

Dengan melibatkan Majlis Kepimpinan Pelajar, inisiatif pembangunan dan pengisian kerohanian pelajar oleh YADIM bukan sahaja lebih memberi impak, malah ia juga akan lebih bersasar kepada barisan pemimpin pelajar di institusi kemahiran seluruh negara.

YADIM dan Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia sudah menjalin kerjasama erat sejak 2021 ketika pandemik Covid 19 apabila badan dakwah ini menyalurkan bantuan menerusi program Musa’adah Covid 19, sebelum ia berkembang kepada pelbagai bentuk seperti pengisian kerohanian sekarang.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *