Home » Citra Yadim » YADIM menerima kunjung hormat dari Institut Dakwah Islamiah Antarabangsa, UnIPSAS

YADIM menerima kunjung hormat dari Institut Dakwah Islamiah Antarabangsa, UnIPSAS

MELESTARI Gerakan Dakwah bukanlah hanya tertumpu kepada bidang tertentu sahaja. Ia meliputi kegiatan dakwah yang luas bermula di lapangan sehingga ke bidang penyelidikan.
Pada 12 September, YADIM menerima kunjung hormat dari Institut Dakwah Islamiah Antarabangsa (I-DIA) Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS). Pertemuan ini bertujuan menjalinkan kerjasama antara Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) dan Bahagian Penyelidikan YADIM dengan UnIPSAS.
Perbincangan dimulakan dengan cadangan penubuhan Rakan Siswa YADIM UnIPSAS melalui Unit Latihan Dan Pembangunan Dakwah UnIPSAS serta kerjasama I-DIA dengan Bahagian Penyelidikan YADIM.
Mewakili UnIPSAS ialah Puan Siti Marsitah Mokhtar, Puan Faiqah Ahmad Radzuan, Puan Dayang Sakini Mohd Kardi, Encik Wan Hashridz Rizal dan Encik Mohammed Ebrahim Sakr. YADIM pula diwakili oleh Dr. Masitah Esa selaku Pegawai Pakar Bidang Khusus sebagai pengerusi mesyuarat, Encik Farisul Islam Fakhrul Adabi, Penolong Pengarah KEMUDA (Ketua Unit Institusi Pengajian Tinggi), Puan Nazia Aqilah Mohd Anuar, Penolong Pengarah KEMUDA (Unit Institut Pengajian Tinggi) dan Encik Zamani Mohd Karulani, Penolong Pengarah Unit Penyelidikan Dakwah.
Kedua pihak bertukar pendapat dan pandangan untuk mencapai tujuan yang sama iaitu melestarikan gerakan dakwah di Malaysia seterusnya ke peringkat antarabangsa.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *