Home » Langit Terbuka » Kes rogol Asifa Bano: Penduduk Islam tinggalkan kampung

Kes rogol Asifa Bano: Penduduk Islam tinggalkan kampung

Asifa Bano dirogol secara berkumpulan dan dibunuh penculiknya.

NEW DELHI – Semua penduduk beragama Islam dilaporkan telah meninggalkan kampung Rasana.

Kampung tersebut mendapat perhatian global selepas seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun (Asifa Bano) dirogol secara berkumpulan dan dibunuh penculiknya.

Kesemua lapan suspek yang beragama Hindu termasuk seorang individu di bawah umur berjaya diberkas polis dan telah dihadapkan ke mahkamah Isnin lalu.

Menurut polis, jenayah itu dilakukan sebagai sebahagian daripada percubaan penduduk Hindu untuk mengusir masyarakat nomad Bakarwal yang beragama Islam.

Difahamkan taktik tersebut berjaya mencapai matlamat apabila keluarga kanak-kanak malang itu ‘melarikan diri’ ke kawasan pergunungan Kashmir di bawah perlindungan polis.

Sementara itu, lebih 100 keluarga Islam lain telah keluar daripada kampung tersebut secara berperingkat sejak pembunuhan tersebut tersebar dalam komuniti Bakarwal, Januari lalu.

Menurut kertas pertuduhan, mangsa diculik oleh suspek bawah umur dan rakan sejenayah.

Kanak-kanak perempuan itu dipaksa mengambil ubat pelali dan sepanjang tempoh lima hari, mangsa dirogol berulang kali oleh kesemua suspek.

Mangsa kemudiannya dicekik dan kepalanya dihempap menggunakan batu besar.

Mangsa dikebumikan tanpa batu nisan di sebuah desa berdekatan daerah Kathua, kira-kira 60 kilometer dari bandar utama Jammu.

Lapor media tempatan, penduduk Hindu di Rasana tidak mahu jasad mangsa dikebumikan di kampung  mereka.

Kes rogol dan bunuh itu hampir tidak diketahui pihak media sehinggalah beberapa peguam Hindu mengadakan protes di luar Mahkamah Jammu minggu lalu, bagi menghalang polis daripada mendaftarkan kertas pertuduhan.

Kumpulan sayap kanan Hindu mendakwa penyiasatan kes tersebut berat sebelah.

Kes tersebut mencetuskan kemarahan di seluruh negara dan aktivis serta orang ramai menuntut hukuman mati sebagai balasan di atas jenayah kejam kesemua tertuduh. – AFP

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *