Home » Langit Terbuka » Kes salah guna kuasa cetak al-Quran perkara serius

Kes salah guna kuasa cetak al-Quran perkara serius

SHAH ALAM 22 Februari – Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu Malaysia (PPPMM) memandang serius kes penyalahgunaan kuasa dan ketirisan dalam kerja percetakan al-Quran, serta kitab-kitab yang dilakukan oleh pencetak yang bukan daripada ahli berdaftar dalam persatuan itu.

Presiden PPPMM, Muhammed Farhan Basheer Ahamed berkata, tindakan itu sekali gus telah mengingkari dan melanggar syarat dan kenyataan di dalam pekeliling yang telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kewangan.

Katanya lagi, gejala penyalahgunaan kuasa serta pelanggaran syarat itu telah menyebabkan nilai kesucian ketika proses cetakan kitab suci itu dan buku agama lain tidak lagi terpelihara selain menyebabkan berlakunya harga jualan yang amat mahal tetapi tidak mencapai standard akibat hasil mutunya yang rendah.

“Proses sebelum, ketika dan selepas bagi percetakan al-Quran serta kitab-kitab agama telah ada prosedur dan standard yang jelas, telus dan perlu dipatuhi tanpa kompromi. Hanya ahli PPPMM yang telah dan sudah arif dengan prosedur ini yang akan mematuhinya,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas empat pegawai agama Johor yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa di Johor, kelmarin.

Mengulas perkara sama. Muhammed Farhan berkata, PPPMM mencadangkan supaya diwujudkan sebuah panel khas yang mana ianya akan diwakili daripada kalangan ahli persatuan itu bersama pegawai Kementerian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) serta Jabatan Agama Negeri lain bagi tujuan proses memantau secara bersama bagi panggilan tender serta pengesahan senarai syarikat pencetak yang memperoleh tender adalah daripada kalangan agli-ahli PPPMM.

“JAINJ juga perlu meneliti Pekeliling Kementerian Kewangan yang menyebut tender mencetak al-Quran dan kitab agama mesti serta hanya diberi kepada syarikat pencetak Bumiputera Islam sahaja”, katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Dewan Muda Dewan Perniagaan Melayu Malaysia juga mahu supaya PPPMM dijadikan sebagai satu organisasi rujukan yang relevan sekiranya ada mana-mana agensi dan jabatan kerajaan serta sektor swasta yang mahu menerbitkan dan mencetak naskhah al-Quran mahu pun kitab agama bagi memastikan sebarang syarikat pencetak yang dilantik dan diberi amanah itu adalah betul dan benar-benar berkelayakan.

“Caranya mudah. Hantar dokumen melalui faks atau emel kepada PPPMM mengenai maklumat syarikat pencetak yang dipilih supaya kami boleh mengesahkan akan status keahlian atau kami boleh turut bersama memantau proses kerja percetakannya.”katanya.

Ujarnya lagi apa yang penting ialah seluruh proses percetakan ini perlulah dilakukan secara telus, mematuhi prosedur dan etika yang dapat memelihara serta menjamin nilai kesucian serta kemuliaan semua kitab yang dicetak.

“PPPMM tidak mahu ada kompromi dalam soal menjaga kesucian dan maruah al-Quran ini,” katanya. – www.sinarharian.com.my

Artikel Berkaitan

Kunjungan hormat PPD Klang kepada YADIM Selangor

YADIM Selangor telah menerima lawatan kunjungan hormat daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang pada 30 Januari. Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan kerjasama

Wacana Integriti YADIM bersama pihak SPRM

KOMITED Untuk telus dalam setiap urusan melestari gerakan dakwahnya, YADIM merangka beberapa program dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pada 30

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *