Home » Langit Terbuka » Kes saman JAWI: Pasangan kontroversi tarik balik saman

Kes saman JAWI: Pasangan kontroversi tarik balik saman

​KUALA LUMPUR 4 Jan – Pasangan suami isteri yang pernah mencipta kontroversi susulan dakwaan mereka bahawa penguatkuasa agama Wilayah Persekutuan (JAWI) menangkap mereka tanpa mengikut SOP hari ini dilaporkan menarik balik saman yang difailkan mereka di Mahkamah Tinggi.

Pada 17 Februari 2017 yang lalu, Mohd Ridhuan Giman, 35 dan isterinya Siti Sarah Maulad Abdullah, 27, bertindak memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi dengan menamakan pegawai penguatkuasa JAWI Mohd Shiham Ramli dan Mohammad Izehar Md Amin, Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama, Ketua Pengarah Jawi dan jabatan tersebut, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kerajaan sebagai defendan pertama hingga ketujuh.

Hakim Datuk Nordin Hassan membatalkan kes saman atas dakwaan penangkapan dan penahanan secara salah kerana disyaki berkhalwat setelah pasangan tersebut menarik balik tuntutan tersebut atas alasan menghadapi masalah kewangan.

Mahkamah mengenakan kos RM3,000 setelah mempertimbangkan masalah kewangan yang dihadapi pasangan terbabit.

Menurut rekod, pihak plaintif menuntut perisytiharan bahawa tangkapan pada pukul 1.30 pagi, 8 Januari tahun lalu di sebuah bilik hotel bajet di ibu negara itu adalah salah, tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Mereka turut menuntut ganti rugi am atas kecederaan reputasi akibat tangkapan dan penahanan salah serta hak privasi mereka dicerobohi.

Mereka turut menuntut ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan.

Namun pada 11 Julai 2017, pasangan tersebut telah didakwa di mahkamah syariah dibawah seksyen 7 (c) Akta Kesalahan Jenayah Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan kerana mempersendakan atau menyebabkan dipandang hina mana-mana undang-undang yang sedang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan.

Mereka di dakwa telah membuat panggilan ke talian hotline JAWI dan membuat aduan tentang wujudnya pasangan yang sedang berkhalwat sedangkan pasangan yang diadu itu adalah pasangan tersebut sendiri. -UTUSAN MALAYSIA

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *