Home » Langit Terbuka » Kes Serangan Jantung Meningkat Semasa Piala Dunia

Kes Serangan Jantung Meningkat Semasa Piala Dunia

penonton perlu menjaga kesihatan kerana menyedari setiap empat tahun sekali, ramai pesakitnya tiba-tiba mencatatkan rekod bacaan tekanan darah dan gula di luar kawalan ketika musim Piala Dunia

KUCHING – Keterujaan peminat bola sepak menonton Piala Dunia 2018 sehingga sanggup bersengkang mata sampai pagi ketika ini, mendapat perhatian Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Prof. Dr Sim Kui Hian.

Kui Hian atau lebih dikenali sebagai Dr Sim yang merupakan pakar kardiologi dalam status dimuat naik di laman sosial Facebook hari ini, mengambil kesempatan menasihatkan peminat sukan kegemaran ramai itu agar menjaga kesihatan.

Beliau yang pernah menjadi Presiden Persatuan Jantung Kebangsaan memberitahu, penonton perlu menjaga kesihatan kerana menyedari setiap empat tahun sekali, ramai pesakitnya tiba-tiba mencatatkan rekod bacaan tekanan darah dan gula di luar kawalan ketika musim Piala Dunia.

“Tidak ada masalah menonton perlawanan (Piala Dunia) tetapi anda perlu menjaga kesihatan untuk menghayati keseronokan Piala Dunia,” katanya.

Nasihat Dr Sim yang juga Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) itu ada kebenaranya kerana laporan disiarkan oleh Jurnal Kardiologi Kanada mendapati, terlalu kerap menonton Piala Dunia boleh menjejaskan kesihatan termasuk serangan jantung.

Menurut laporan jurnal tersebut, hasil kajian mendapati kesihatan boleh terjejas kerana akan berlaku stres atau tekanan semasa menonton perlawanan bola sepak yang menjadi tumpuan dunia ini.

Selain itu, hasil kajian juga mendapati denyut jantung manusia meningkat 75 peratus ketika menonton perlawanan bola sepak sama ada di kaca televisyen atau stadium.

Laporan sama turut disiarkan oleh Majalah Time apabila hasil kajian mendapati kes serangan sakit jantung berpunca daripada menonton Piala Dunia meningkat, malah mencatatkan kematian mendadak. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *