Home » Langit Terbuka » DPIM Cadang Kerajaan Selangor Pertimbang Wakaf Korporat

DPIM Cadang Kerajaan Selangor Pertimbang Wakaf Korporat

Pemangku Presiden DPIM Mohammad Sahar Mat Din

KUALA LUMPUR – Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) mencadangkan kerajaan Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Amirudin Shari untuk mempertimbangkan kaedah Wakaf Korporat bagi diadaptasikan dalam pengurusan ekonomi negeri.

Pemangku Presiden DPIM Mohammad Sahar Mat Din berkata, DPIM kini sedang berusaha memperkenalkan kaedah Wakaf Korporat sebagai Model Ekonomi Baharu yang boleh menyeimbangkan pemilikan harta kekayaan yang lebih adil dan saksama di bawah institusi Wakaf Korporat.

“DPIM bersedia untuk membantu menyalurkan kepakaran kepada kerajaan negeri Selangor dalam merealisasikan agenda Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, DPIM merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Amirudin di atas pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

“Pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Selangor adalah bertepatan dengan aspirasi Kerajaan Malaysia baharu yang mementingkan kepemimpinan yang dinamik, amanah dan berintegriti

“DPIM juga berharap Selangor akan terus memberi fokus kepada agenda merancakkan ekonomi negeri dengan membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS),” katanya.

Selain itu katanya, DPIM juga berhasrat agar kerajaan baharu ini dapat menarik lebih banyak pelabur asing ke Selangor yang boleh dimanfaatkan oleh usahawan tempatan. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *