Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda:
:عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ، وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ: أَنْ يَكُونَ اللَهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا، وَأَنْ يُجِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَهِ
وَأَنْ يَكْرَةَ أَنْ يَعُودَ في الْكُفْرِ كمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْدَفَ فِي النَّارِ
“Tiga hal, barang siapa memilikinya maka ia akan merasakan manisnya iman. (laitu) menjadikan Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai dari selainnya, mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan benci kembali kepada kekufuran sebagaimana bencinya ia jika dilempar ke dalam api neraka,”
(HR Bukhari Muslim)
Cinta adalah rasa sayang, empati, keinginan untuk memili dan dimiliki yang ditanamkan Allah SWT di lubuk hati manusia. Rasa cinta merupakan anugerah Allah tiada terhingga, baik cinta kepada lawan jenis (kekasih hati) cinta isteri kepada suami atau sebaliknya, cinta anak kepada kedua-dua ibu bapanya atau sebaliknya, cinta manusia kepadi harta benda yang dimilikinya, rasa cinta adik kepada kakaknya atau sebaliknya, cinta kepada sanak-saudara, kepada sesama manusia dan cinta kepada haiwaı dan alam.
Fitrah manusia ingin mencintai dan dicintai. Manusia akan merasakan nikmat mencintai kekasihnya, orang tuanya, orang sekitarnya dan sesamanya. Manusia mencintai orang tua kerana keduanya telah melahirkan, mendidik, dan membesarkannya. Manusia mencintai lawan jenis kerana wajah, fizikal, kekayaan, keturunan, pendidikan ataupun kerana nafsu. Namun rasa cinta itu, sesungguhnya takkan pernah terjadi kalau bukan kerana rahmat Allah SWT.
Hakikatnya, siapa yang mencintai Allah dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan Allah nescaya dia akan merasakan manisnya iman. Dari Anas bin Malik R.A, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tiga hal, barang siapa memilikinya maka ia akan merasakan manisnya iman. (laitu) menjadikan Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai dari selainnya, mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan benci kembali kepada kekufuran sebagaimana bencinya ia jika dilempar ke dalam api neraka.” (HR Bukhari Muslim)
Ciri utama orang beriman adalah mencintai Allah dan Rasulnya. Rasa cinta itu harus dibuktikan dengan keteguhan iman dan ketabahan serta keikhlasan dalam menjalani segala ujian. Cinta kepada Allah harus dibuktikan dengan ketekunan melaksanakan ibadah, kerelaan berkorban harta benda bahkan kalau perlu jiwa.
Makin tinggi rasa cinta kepada Allah, makin berat pula ujiannya, terutama ujian dalam bentuk godaan takhta, harta dan wanita. Para Nabi Allah saja, harus menjalani berbagai-bagai ujian untuk membuktikan cinta mereka kepada Allah. Nabi Ayub A.S misalnya, bertahun-tahun diberikan penyakit yang sukar diubati. Nabi Nuh A.S diberi dugaan dengan keingkaran anak, isteri dan umatnya hingga Allah SWT mendatangkan banjir besar. Nabi Yunus A.S diuji 40 hari tinggal dalam perut ikan. Begitu juga Nabi Musa A.S yang diberi ujian menghadapi kezaliman Firaun dan pengkhianatan dari umatnya.
Bila seseorang sudah sempurna kecintaannya kepada Allah dan Rasulullah, maka kemanisan iman akan dirasai. Pada saat itulah, orang-orang beriman tidak lagi mencintai dunia melebih kecintaannya kepada Allah dan Rasulullah.
– Majalah Dakwah Isu 058 terbitan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia



KOMEN