Home » Langit Terbuka » Ketepikan ego, kukuhkan perundangan Islam – TPM

Ketepikan ego, kukuhkan perundangan Islam – TPM

PUTRAJAYA 15 Dis. – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, umat Islam harus mengetepikan keegoan politik dan perbezaan pendapat dalam usaha memperkukuhkan perundangan Islam yang berlandaskan prinsip-prinsip syariah dan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam masa sama, Timbalan Perdana Menteri berkata, bagi orang bukan Islam, mereka perlu menghormati akidah dan pega­ngan agama Islam dengan melihat transformasi perundangan Islam di negara ini secara terbuka tanpa meletakkan prasangka dan prejudis.

Ini kerana jelas beliau, transformasi perundangan Islam tidak akan dilakukan di luar acuan atau di luar daripada perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan, sebaliknya dilaksanakan berdasarkan kajian yang terperinci, lengkap dan adil.

“Jika kita (umat Islam) bersungguh-sungguh untuk memperkukuhkan apa yang kita harus perkukuhkan, maka saya tidak fikir kita perlu khuatir dengan apa yang orang lain fikirkan.

“Sama seperti wuduk dan solat, kita tidak perlu tanya orang lain yang tidak sama akidah adakah betul atau tidak wuduk dan solat kita. Jika ada kegusaran, berikan hak untuk menentukan betul atau tidak kepada orang Islam yang lebih berilmu mengikut acuan agama Islam,” katanya merasmikan Multaqa Perundangan dan Politik Majlis Perundingan Islam (MPI) anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sini hari ini.

Yang hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Timbalannya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki; Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamed Al-Bakri,

Multaqa Perundangan dan Politik MPI yang berlangsung selama sehari itu merupakan platform untuk semua pihak daripada pelbagai bidang termasuk politik, agensi kerajaan, akademik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak berkaitan membincangkan dan mencari inovasi baharu dan praktikal untuk kerajaan.

– https://www.utusan.com.my/

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *