Home » Langit Terbuka » Ketua Hak Asasi Manusia PBB tidak akan tunduk kepada AS

Ketua Hak Asasi Manusia PBB tidak akan tunduk kepada AS

NEW YORK 21 Dis. – Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zeid Ra’ad Al Hussein yang lantang mengkritik Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menegaskan tidak akan memperlahankan kritikannya hanya kerana mahu dilantik semula dalam jawatan tersebut.

Putera Jordan itu melalui emel memberitahu, beliau tidak akan memperjudikan integriti agensi berkenaan menjelang tarikh akhir tugas beliau pada Ogos depan.

“Selepas mempertimbangkan perkara ini, saya memutuskan tidak akan mempertahankan jawatan ini untuk penggal kedua kerana berdasarkan keadaan geo-politik sekarang, untuk kekal dalam jawatan itu memerlukan seseorang untuk tunduk merayu dan membisu dalam menyatakan sokongan,’’ katanya.

Zeid Ra’ad tidak menyebut nama Trump tetapi beliau dilaporkan menghadapi tekanan daripada Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres agar memperlahankan kritikan hak asasi manusia terhadap Washington. – AFP, Utusan

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *