Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata, Khairul Dzaimee, 47, sebelum ini adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) Kementerian Dalam Negeri sejak Julai 2018.

“Khairul Dzaimee berpengalaman dalam bidang pengurusan keselamatan dan imigresen kerana pernah bertanggungjawab berkaitan dasar hal ehwal imigresen, pengurusan pekerja asing dan hal ehwal pendaftaran negara.

“Beliau memulakan kerjayanya dalam perkhidmatan awam pada Disember 1996 di Jabatan Perkhidmatan Awam, diikuti Kementerian Pembangunan Usahawan, Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Khairul Dzaimee menggantikan Datuk Seri Mustafar Ali yang dilantik sebagai Ketua Eksekutif Pusat Jenayah Kewangan Nasional berkuatkuasa bermula 2 Januari lalu. – Utusan Malaysia