Home » Citra Yadim » Khatam Al Quran Perdana SAY Selangor

Khatam Al Quran Perdana SAY Selangor

SIJANGKANG – Buat pertama kalinya Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat menganjurkan program Khatam Al Quran Perdana bagi ahli – ahli SAY di Selangor.

Ia sempena genap setahun ahli-ahli nya membaca Al Quran bersama secara dalam talian sejak Januari tahun lalu.

Program di surau Rumah Anak – Anak Yatim Sijangkang (RAYAS) ini dimulakan dengan Solat Zohor berjemaah.

Antara yang hadir ialah Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin, Pengerusi SAY Sabak Bernam, Puan Hasnah Johari bersama ahli jawatankuasanya, Puan Hayopi Ghazali, SAY Rawang, Encik Abu Zarin Bakar, SAY Sungai Buloh, Encik Rashidi Rasid serta wakil SAY Kundang.

Turut hadir ialah Penolong Pengarah YADIM, Ustaz Husnaini Mongin.

Program ini dirasmikan oleh usahawan terkemuka di daerah Kuala Langat, Datin Juvita Haji Wahab.

Seramai 50 anak yatim dan ibu tunggal juga menerima cenderamata dalam program ini.

Puan Hasnah juga menyampaikan sedikit sumbangan RAYAS dalam program ini.

Semoga program bermanfaat seperti ini diteruskan lagi pada masa hadapan.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *