Home » Langit Terbuka » Khemah dilengkapi penyaman udara buat jemaah haji Malaysia di Arafah

Khemah dilengkapi penyaman udara buat jemaah haji Malaysia di Arafah

Malaysia merupakan negara pertama di dunia bagi jemaah muassasah yang dibekalkan penyaman udara ketika wukuf

 

MEKAH – Selepas program prapelepasan di imigresen tanah air, jemaah haji Malaysia bakal menikmati satu lagi kemudahan baharu iaitu khemah penyaman udara di Padang Arafah semasa wukuf bagi musim haji 1439H ini.

Pengerusi Majlis Tertinggi Muassasah Asia Tenggara, Muhammad Amin Hassan Andarqiri berkata, Malaysia merupakan negara pertama di dunia bagi jemaah muassasah yang dibekalkan penyaman udara ketika wukuf.

“(Pada mulanya) bagi tahun ini, kita telah membuat perjanjian dengan Tabung Haji untuk menaik taraf kemudahan kipas wap air kepada kipas penyejuk udara.

“Namun kerana hubungan baik antara kedua-dua negara, kami memutuskan untuk menaik taraf kemudahan ini terus kepada penyaman udara, khusus untuk jemaah haji Malaysia. Ini adalah jaminan daripada saya,” katanya selepas majlis taaruf bersama pengurus 12 maktab penginapan jemaah Malaysia, hari ini.

Turut hadir ketua rombongan haji Malaysia, Datuk Seri Syed Salleh Abdul Rahman. – Bernama

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *