Home » Citra Yadim » Khidmat bakti Sukarelawan Al Falah

Khidmat bakti Sukarelawan Al Falah

KOTA BHARU 24 Sept. – Pasukan Sukarelawan Al Falah (SAF) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) telah mengadakan program khidmat bakti di beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu dan Pahang bersempena program Jelajah Muamalah Ummah 2016, pada 23 hingga 27 September lalu.

Pengurus Besar Operasi Yadim, Mohd Rizal Rosli berkata, program khidmat bakti itu telah dilaksanakan di Kampung Banggol Kewat dan Kampung Padang Tengah , Ketereh, Kelantan,  Kuala Abang, Dungun, Terengganu dan Muadzam Shah, Pahang.

“Program khidmat bakti ini adalah sebahagian daripada aktiviti Sukarelawan Al Falah yang ditubuhkan dengan tujuan menjadi paltform kepada penduduk setempat melaksanakan aktiviti kebajikan dan dakwah kepada komuniti masing-masing.

“Dalam program yang diadakan, pasukan ini telah membantu membaik pulih rumah penduduk kampung yang kurang berkemampuan serta menyampaikan bantuan barang-barang keperluan asas,’’ katanya.

Beliau berkata, program khidmat bakti di Ketereh telah dilaksanakan oleh pasukan Sukarelawan Al Falah Kolej Politech Mara Kota Baru (KPTM) yang terdiri daripada para pelajar kejururawatan.

Dalam lawatan ke kampung berkenaan, beliau berkata, mereka telah  menziarahi  warga emas dan pesakit kronik yang terlantar di rumah dan setiap kunjungan itu mereka menjalankan pemeriksaan kesihatan dan khidmat nasihat serta memberi tunjuk ajar bagaimana melaksanakan perkara-perkara fardhu ain bagi pesakit.

“Program seumpana ini dilaksanakan secara berkala iaitu tiga kali sebulan dan ini telah secara tidak langsung memberikan pendedahan dan kesedaran kepada golongan muda khasnya dalam aktiviti kesukarelawan,’’ katanya.

Beliau menjelaskan, Sukarelawan Al Falah KPTM telah diwujudkan sejak tahun 2015 dan pasukan ini secara khususnya memfokuskan kerja-kerja dakwah kepada pesakit terutama pesakit kronik yang terlantar dirumah.

Menurutnya, secara umumnya, pasukan ini telah mendapat kerjasama yang baik daripada pelbagai pihak terutama pemimpin setempat dan penduduk secara keseluruhannya yang amat menyokong aktiviti-aktiviti yang diadakan.

Sementara itu dalam program di Kuala Abang, Terengganu, Sukarelawan Al Falah turut menyampaikan bantuan kepada 20 ibu tunggal dan aktiviti khidmat bakti yang lain seperti pembersihan pantai dan perlepasan anak-anak penyu.

Sukarelawan Al-Falah ialah sebuah pasukan beruniform yang ditubuhkan oleh YADIM pada tahun 2000, berorentasikan keagamaan, kebajikan, disiplin dan kesedaran kepada perjuangan untuk agama, bangsa dan negara.

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *