Home » Citra Yadim » Khidmat komuniti di Pulau Banggi

Khidmat komuniti di Pulau Banggi

KOTA KINABALU 13 Mac – Dalam usaha mendekati masyarakat peringkat akar umbi terutama di kawasan-kawasan yang terletak jauh dari pusat bandar, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan program khidmat komunit di Pulau Banggi, Kudat, pada 12 Mac lalu.

Pengarah YADIM Zon Sabah, Samin Ongki, program berkenaan telah diadakan dengan pelbagai pengisian yang bertujuan menyampaikan pelbagai ilmu dan maklumat kepada penduduk Islam di pulau berkenaan.

“Pada keseluruhannya, program ini bertujuan mendekati masyarakat pulau berkenaan dengan mengadakan pelbagai pengisian seperti ceramah oleh Mufti Kerajaan Sabah, Datuk Bungsu Aziz Jaafar yang sekaligus memberikan peluang kepada penduduk Islam memperolehi ilmu agama dan bertanya sebarang kemusykilan,’’ katanya.

Beliau berkata, selain daripada ceramah oleh mufti, turut diadakan adalah taklimat keselamatan yang telah  disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Kudat, Supritendan Douglas Ayong.

“Dalam program lawata ini, turut diadakan ialah majlis penyampaian sumbangan YADIM yang berupa  set pembesar suara kepada kampung berkenaan serta  50 kampit beras sumbangan Bernas Sdn. Bhd. kepada penduduk Pulau Banggi,’’ katanya.

Beliau berkata, sebagai sebuah pulau yang terletak agak jauh dari tanah besar, sudah tentu usaha perlu dilakukan terutama dalam melaksanakan program dakwah agar penduduk terbabit tidak tersisih daripada menerima pelbagai ilmu dan maklumat.

Katanya, sememangnya penduduk pulau berkenaan sentiasa dahagakan ilmu agama dan ini dapat dibuktikan dengan sambutan yang diberikan kepada program dakwah yang diadakan.

Pulau Banggi merupakan sebuah pulau yang terletak di timur laut Kudat, Sabah, Malaysia dengan keluasan kira-kira 440.7 kilometer persegi dan merupakan pulau yang terbesar di Malaysia.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *