Home » Citra Yadim » Sidang meja bulat Akta 164

Sidang meja bulat Akta 164

PUTRAJAYA 13 Mac – Sebuah persidangan yang membincangkan Akta 164 iaitu undang-undang berkaitan perkahwinan dan perceraian akan diadakan pada 15 Mac ini di Yayasan  Dakwah Islamiah Malaysia bagi mendedahkan kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam terhadap pindaan akta berkenaan.

Eksekutif Kanan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM), Ahmad Shukri Abdul Majid berkata, persidangan meja bulat berkenaan akan membariskan dua pakar undang-undang iaitu Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dan Lukhman Sheriff Alias.

“Persidangan ini adalah bagi membincangkan implikasi akibat daripada cadangan meminda Akta membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164)

“Berdasarkan Ordinan Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 1952, apabila seseorang itu memeluk agama Islam, anak mualaf tersebut secara automatik akan beragama Islam. Namun kini, undang-undang baru ingin diperkenal yang memerlukan kedua-dua ibu bapa bersetuju,’’ katanya.

Beliau berkata, kedua-dua pakar undang-undang berkenaan akan menjelaskan secara panjang lebar mengenai isu berkenaan termasuk kesannya terhadap kes-kes yang telah diputuskan sebelum ini.

“Oleh yang demikian, MAIM melalui Sekretariat UMMAT telah menjemput pemimpin pemimpin NGO Islam untuk mendengar pembentangan dari pakar undang-undang dan memberi pandangan yang sewajar nya menangani dan bertindak keatas isu ini seterusnya seperti berikut,’’ katanya.

Beliau berkata, Sidang Meja Bulat Pemimpin NGO membincang Akta 164 ini akan diadakan pada bermula pukul 9.30 pagi dengan dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Pengerusi Sekretariat Akta 355 UMMAT,  Aminuddin Yahaya.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *