Home » Langit Terbuka » Kibarkan Jalur Gemilang, raikan Hari Kebangsaan dengan meriah

Kibarkan Jalur Gemilang, raikan Hari Kebangsaan dengan meriah

Kalau semua orang di Malaysia mengibarkan Jalur Gemilang di waktu kita merayakan hari kemerdekaan, Malaysia akan lebih meriah, ujar Perdana Menteri - BERNAMA

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa rakyat mengibarkan Jalur Gemilang bagi meraikan dan memeriahkan lagi sambutan Hari Kebangsaan, 31 Ogos ini.

Gesaan itu dibuat Perdana Menteri menerusi video pendek bertajuk Harapan Merdeka yang disiarkan di akaun Facebook rasmi Jabatan Penerangan.

Menerusi video berdurasi satu minit 40 saat itu, Dr Mahathir dilihat berbual dengan dua kanak-kanak lelaki dan perempuan dengan seorang daripadanya bertanyakan kenapa rakyat Malaysia hari ini jarang mengibarkan Jalur Gemilang.

Menjawab soalan kanak-kanak itu, Dr Mahathir berkata keadaan negara sudah berubah dan rakyat hidup dengan senang dan selesa.

“Keadaan sudah berubah, mereka sudah hidup senang-lenang, dengan itu mereka percaya merdeka satu perkara biasa sahaja.

“Kalaulah semua orang di Malaysia mengibarkan Jalur Gemilang di waktu kita merayakan hari kemerdekaan, Malaysia akan lebih meriah. Kibarkan Jalur Gemilang, sayangi Malaysiaku,” katanya.

 

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/08/460300/kibarkan-jalur-gemilang-raikan-hari-kebangsaan-dengan-meriah

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *