Home » Langit Terbuka » Menteri perlu sensitif dengan isu Mara

Menteri perlu sensitif dengan isu Mara

Kalau mahu dapatkan sokongan orang ramai, kita mesti sensitif kepada pendapat mereka, ujar Perdana Menteri

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan menteri-menteri Kabinet beliau supaya sensitif dengan pandangan orang ramai berhubung isu Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Perdana Menteri berkata demikian memandangkan Mara ketika ini sudah menjadi sesuatu yang ‘sensitif’ dalam kalangan rakyat.

“Saya akan bawa perkara ini kepada menteri-menteri supaya mereka faham betapa pentingnya mereka sensitif terhadap pandangan orang ramai.

“Kalau kita mahu dapatkan sokongan orang ramai, kita mesti sensitif kepada pendapat mereka,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu malam tadi.

Sejak kebelakangan ini, Mara menjadi isu tumpuan ramai apabila timbul pelbagai spekulasi mengenai masa depan agensi yang menumpu kepada agenda pembangunan Melayu serta bumiputera itu.

Ada dakwaan kononnya Mara akan dipecah-pecah dan dibahagi kepada beberapa kementerian.

 

https://www.utusan.com.my/berita/nasional/menteri-perlu-sensitif-dengan-isu-mara-dr-m-1.726986

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *