HULU LANGAT – Program Kem Ibadah “Kembali Kepada Fitrah” (Rawatan dan Pemulihan Hijrah Kerohanian) telah dilaksanakan pada 18 hingga 19 April di Institut Latihan Dakwah YADIM (INDAH), Hulu Langat.
Program ini diadakan hasil kerjasama strategik antara INDAH dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Langat.
Seramai 80 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada klien AADK Daerah Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang. Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mengikuti pelbagai modul yang menekankan aspek pemulihan jiwa melalui pengisian ibadah, tazkirah serta aktiviti pembinaan sahsiah.
Pendekatan ini bertujuan membantu peserta mengenal potensi diri, membina keyakinan serta membentuk pemikiran yang lebih positif dalam menjalani kehidupan seharian.
Sesi penutup program telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Penolong Pengarah INDAH, Ustaz Zulnizzam Zulkifli, mewakil sebelum disempurnakan oleh wakil Pengarah AADK Negeri Selangor, Encik Mohd Hairee Hairuddin Musa, Turut hadir mengiringi ialah Ketua AADK Daerah Hulu Langat, Encik Muhammad Afiq Mohd Salemi serta Encik Syamsul Azli Jamaludin daripada AADK Negeri Selangor.
Semoga program seumpama ini dapat terus memperkukuhkan usaha pemulihan secara holistik serta melahirkan individu yang berdisiplin, berakhlak mulia dan berdaya tahan. Inisiatif ini juga selaras dengan aspirasi teras Malaysia MADANI dalam membentuk masyarakat yang sejahtera, harmoni dan berintegriti.



KOMEN