Home » Langit Terbuka » Klinik Hukum Syarak, Guaman Syarie di UTM

Klinik Hukum Syarak, Guaman Syarie di UTM

JOHOR BAHRU 23 Mei – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Persatuan Peguam Syarie Malaysia Negeri Johor (PGSMNJ) akan menubuhkan Klinik Hukum Syarak dan Guaman Syarie di universiti berkenaan yang akan memulakan operasi pada Julai ini.

Dekan Fakulti Tamadun Islam (FTI) UTM, Prof. Madya Dr. Arieff Salleh berkata, klinik itu yang terletak di Bangunan S45 FTI akan beroperasi setiap Isnin dan Rabu.

“Klinik ini akan menjadi pusat rujukan setempat dalam mengendalikan kes-kes kekeluargaan dan perkhidmatannya bukan hanya untuk warga universiti seperti pen­syarah dan penuntut malahan juga masyarakat luar.

“Ia akan dikendalikan sendiri oleh pensyarah FTI dan anggota persatuan peguam syarie yang berpengalaman dalam bidang ter­sebut,” katanya selepas menandatangani surat kerjasama (LoU) antara UTM dan PGSMNJ yang diwakili Presidennya, Yunos Ismail di sini hari ini.

Arieff berkata, klinik itu antara lain berperanan meningkatkan kemahiran amali dalam kala­ngan tenaga pengajar berkaitan per­masalahan hukum syarak, guaman syarie, undang-undang keluarga, kaunseling dan yang berkaitan dengannya.

“Sebelum ini pihak kami ba­nyak mengendalikan masalah kekeluargaan antaranya melibatkan kakitangan dan penuntut universiti itu yang telah berkahwin bertempat di Pusat Islam UTM.

“Justeru, menerusi penubuhan klinik ini dengan kerjasama PGSMNJ, segala urusan terutama yang melibatkan perihal undang-undang dan mahkamah dapat dikendalikan dengan lebih mudah,” katanya.

Mengulas mengenai LoU itu, Arieff berkata, ia bertujuan bagi menjalinkan kerjasama dalam bidang perkhidmatan, khidmat nasihat guaman syariah, latihan, seminar dan penyelidikan antara kedua-dua belah pihak bagi tempoh tiga tahun – www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *