Home » Citra Yadim » Street Dakwah YADIM Zon Utara

Street Dakwah YADIM Zon Utara

SUNGAI PETANI 23 Mei – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Utara telah mengadakan program street dakwah bersempena Festival Belia Kedah yang merupakan salah satu acara bagi  sambutan Hari Belia negara peringkat Negeri Kedah pada 19 Mei lalu.

Pengurus Eksekutif YADIM Zon Utara, Hafsah Husain berkata,  program street dakwah itu diadakan di Taman Tasik Tema Darulaman, Jitra bertujuan memberi pengetahuan dan kesedaran kepada khalayak pengunjung berkaitan Islam secara santai.

“Antara aktivti yang dijalankan dalam program ini ialah tazkirah santai yang disampaikan oleh Pencetus Ummah (P.U) Azraie, muzik jalanan oleh Marhaen Busking, dan edaran flyers Jom Solat dan Jauhi Zina,’’ katanya..

Yang turut serta dalam akitivit yang dijalankan itu ialah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Mohd Nadzri Yaacob.

Beliau berkata, secara keseluruhannya, penerimaan daripada orang ramai orang ramai terhadap program ini adalah sangat baik dan mereka teruja dengan aktiviti yang diadakan secara santai ini.

“Sambutan yang cukup baik diterima oleh pengunjung-pengunjung dan mereka berharap penganjuran program seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa-masa akan datang.

“Ini kerana bagi mereka program santai sebegini dapat memberi manfaat dan kesedaran kepada yang kurang pengetahuan agama di samping membendung gejala maksiat dikalangan belia,’’ katanya..

Sementara itu, beliau berkata, dalam Festival Belia Kedah, pelbagai aktiviti telah disediakan oleh pihak penganjur buat pengunjung-pengunjung di Taman Tasik Tema berkenaan.

Program yang berlangsung selama 3 hari ini telah dirasmikan oleh Menteri besar Kedah, Dato` Seri DiRaja Ahmad Bashah Md Hanipah.

Antara aktivti yang dianjurkan sempena Festival Belia Kedah ini ialah persembahan kebudayaan setiap daerah di Kedah, Marathon BDB Sdn. Bhd, Pameran agensi-agensi kerajaan, dan pelbagai lagi.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *