Home » Langit Terbuka » Klip video aktivis PPIM dikitar semula

Klip video aktivis PPIM dikitar semula

Klip video yang dikaitkan dengan tindakan aktivis PPIM, Yusof Azmi melakukan perbuatan menceroboh dikitar semula dan menjadi tular. Foto : PPIM

SHAH ALAM 28 Jan. – “Klip video di media sosial memaparkan seorang aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa polis diarah oleh pihak tertentu untuk menangkap beliau, disebar semula untuk membangkitkan kegusaran dalam kalangan masyarakat,” kata Polis Selangor.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata klip video itu dikitar semula yang mana  sebelum ini ia menjadi tular dan dikaitkan dengan tindakan aktivis itu, Yusof Azmi melakukan perbuatan menceroboh.

“Video itu disebar semula dengan agenda tertentu untuk membangkitkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

“Segala tindakan pihak polis adalah bertepatan dengan tuntutan undang-undang dan tidak ada kaitan dengan sebarang bentuk tekanan atau arahan daripada mana-mana pihak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yusof  bersama seorang lagi aktivis PPIM, Ali Salimin didakwa di Mahkamah Sesyen di Kajang sebelum ini atas kesalahan menceroboh premis sebuah syarikat kenderaan pajak pada 10 Julai tahun lalu bersama pemilik kenderaan berkenaan.

Tindakan itu selepas mereka menerima aduan daripada pemilik kenderaan yang mendakwa ditipu dalam proses pajakan sehingga menerima notis bank berkaitan tunggakan. – SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *