Home » Langit Terbuka » Nama Mohammed paling popular di Jerman

Nama Mohammed paling popular di Jerman

Berdasarkan statistik rasmi Jerman pada 2014, orang Islam adalah golongan minoriti terbesar di negara itu dengan jumlah penduduk seramai 4.7 juta orang atau lima peratus daripada penduduk Jerman. Foto : Getty Images Berdasarkan statistik rasmi Jerman pada 2014, orang Islam adalah golongan minoriti terbesar di negara itu dengan jumlah penduduk seramai 4.7 juta orang atau lima peratus daripada penduduk Jerman. Foto : Getty Images)

BERLIN 28 Jan. – Nama Mohammed dilaporkan menjadi salah satu nama paling popular bagi bayi lelaki yang dilahirkan di Jerman.

Sejak Canselor Negara, Angela Merkel mengumumkan pembukaan sempadan pada 2015, lebih sejuta pendatang masuk ke negara itu.

Laman berita Breitbart melaporkan, pertumbuhan populasi itu menjadi faktor dalam peningkatan pemilihan nama Arab.

“Dalam masa kurang dari 10 tahun, ia meningkat naik dari kedudukan 97 kepada 26. Manakala, dalam tiga tahun lagi, Mohammed boleh menduduki kedudukan 10 teratas,” kata Ketua Persatuan Bahasa Jerman.

Menurut data terbaru masyarakat bahasa Gesellschaft fur deutsche Sprache (GfdS), statistik untuk 2016 menunjukkan nama Mohammed naik dari tempat ke-41 pada 2015 ke kedudukan ke-26 dalam tahun berikutnya.

Bagaimanapun, data tidak mengambil kira semua variasi ejaan termasuk Mohamad, Mohamed dan Mehmet.

Sementara itu, menurut laporan akhbar Austrian, Kronen Zeitung, data yang disusun menggunakan semua varian baru-baru ini mendapati, Mohammed menempa tempat ketiga berbanding kedudukan kelima sebagai nama paling popular di kalangan bayi lelaki yang lahir di Vienna, lapor Daily Mail. – SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan

‘Tahniah Dr Sirajuddin’ – Anwar

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Dr

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *