Home » Citra Yadim » Kolaborasi Sahabat YADIM dan Syria Care

Kolaborasi Sahabat YADIM dan Syria Care

PUTRAJAYA – Sahabat YADIM kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan Syria Care menganjurkan program `Krisis Kemanusiaan Syria-Belia Wajar Membela’ pada 7 Julai.

Eksekutif Dana dan Projek Syria Care, Faiq Asyraf Bin Abd Rahman berkata antara isu yang  dibangkitkan dalam program ini adalah mengenai sejarah awal kepada berlakunya krisis di Syria dan perkembangan sehingga ke hari ini.

“Program ini bertujuan menilai kesedaran kita terhadap Isu Syria, kami juga kongsikan cerita-cerita duka kesengsaraan rakyat Syria sepanjang konflik ini berlaku serta merungkai punca krisis ini terjadi,’’ katanya.

Sementara itu, Naib Pengerusi Syria Care, Ustaz Rizal Ali menjelaskan program ini turut membangkitkan peranan belia untuk mengambil tanggunggjawab isu seperti ini.

Syria Care juga turut menjelaskan peluang yang disediakan oleh NGO Syria Care untuk belia di Malaysia terlibat sama dalam usaha-usaha kemanusiaan di Syria.

Program Anjuran Sahabat YADIM KUIS dengan kerjasama Syria Care ini dihadiri lebih 163 peserta yang terdiri daripada belia.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *