Home » Citra Yadim » Kolaborasi YADIM TLDM anjur program dakwah

Kolaborasi YADIM TLDM anjur program dakwah

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) akan berkolaborasi dengan  Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi menganjurkan dua program berturut-turut iaitu Kembara Dakwah Merentasi Samudera dan Bicara Sakinah yang akan diadakan di Pangkalan TLDM, Lumut pada 18 dan 19 Ogos ini.

Dalam program Kembara Dakwah Merentasi Samudera, beberapa sesi ceramah akan diadakan di atas kapal TLDM dan melibatkan anggota TLDM sendiri pada 18 Ogos, manakala pada 19 Ogos, program Bicara Sakinah akan diadakan bertempat di Dewan M. Sidek Shabudin, TLDM, Lumut.

Program Bicara Sakinah adalah sebuah program yang menfokuskan isu-isu kekeluargaan dan kewanitaan seperti komunikasi dalam rumah tangga, hak-hak wanita dalam perundangan, pengurusan kewangan keluarga dan pembinaan keluarga bahagia selaras dengan ajaran Islam.

Program ini akan diadakan dalam dua sesi dengan sesi pertama akan diadakan pada sebelah pagi melibatkan  dua penceramah iaitu Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM), Prof. Dato’ Noor Aziah Mohd Awal dan Pengasas dan Perunding Utama Hijrah Wealth Management Sdn Bhd, Puan Hajah Rohani Dato’ Shahir.

Noor Aziah akan menyampaikan ceramah bertajuk “Melahirkan Keluarga Sakinah Melalui Perundangan Keluarga Islam”, manakala Rohani membawa tajuk “Cukup Wang Hati Tenang” yang menyentuh pengurusan kewangan keluarga.

Manakala pada sesi sebelah malam, diadakan Forum “Keluarga Mithali Impian Kita” yang menampilkan Pendakwah Bebas,  Ustazah Zawiyah Hassan dan Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk), Ustaz Harith Fadzilah Hj. Abdul Halim, manakala Ketua Sekolah Syariah Jabatan Pendidikan Islam, KD Pelandok, Kapten Khairul Amilin Nordin bertindak sebagai moderator.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *