Home » Citra Yadim » Kongsi pandangan bersama Ikon Da’i

Kongsi pandangan bersama Ikon Da’i

KUALA LUMPUR, 11 September – YB Senator Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) telah berkesempatan mengadakan pertemuan bersama tokoh-tokoh agamawan dalam Liqa’ Ikon Da’i yang berlangsung di Hotel Seri Pacific malam tadi.

Pertemuan tersebut dianjurkan bagi mendapatkan pandangan, maklum balas dan cetusan idea daripada tokoh-tokoh yang hadir mengenai permasalahan yang berlaku di peringkat bawahan. Ini kerana mereka merupakan antara yang terlibat dengan golongan di peringkat akar umbi. Antara topik yang diperbincangkan adalah isu agama, pendidikan dan ekonomi.

Hadir di dalam liqa’ tersebut adalah Dr. Yusri Mohamad, Prof. Dr. Muhaya Mohamad, Ustazah Norhafizah Musa, Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Dr. Zaharuddin Abd Rahman, Ustaz Abdullah Din, Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Ustaz Mohd Nizam Abd. Kadir, Muhamad Razin Che Mud, dan Ustaz Zahazan Mohamed.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *