Home » Citra Yadim » Kongsi Rezeki RSY bersama 16 keluarga asnaf

Kongsi Rezeki RSY bersama 16 keluarga asnaf

NILAI – Rakan Siswa YADIM (RSY) telah menyertai rakan rakan pertubuhan bukan kerajaan menyantuni sebanyak 16 keluarga asnaf di sekitar kawasan ini.

Bersama Skuad Al-Baasith Negeri Sembilan, MyFundAction, RSY dan YADIM Negeri Sembilan telah menyumbang barangan keperluan asas bertujuan meringankan beban keluarga yang disantuni.

Hadir sama ialah Pengerusi Surau Al Ikhlas Nilai Perdana,  Tuan Haji Rosli Haji Md Derus dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Nilai, Ustaz Affa Faizal Haji Isa.

Rakan Siswa YADIM diwakili oleh Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Rakan Siswa YADIM Negeri Sembilan Nurshamira Abdullah dan Exco Khidmat Bakti Rakan Siswa YADIM Negeri Sembilan Mohamad Nuraiman Afiq Lizam

Skuad Al-Baasith Negeri Sembilan pula diwakili Pengerusinya, Khairul Nizam Khairuddin.

Program ini dirancang untuk dijadikan acara bulanan dan  diperluaskan ke semua daerah di negeri ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *