Home » Citra Yadim » Kongsi Rezeki SAY Kuala Selangor di SRA Parit 4

Kongsi Rezeki SAY Kuala Selangor di SRA Parit 4

SEKINCHAN – Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Selangor kekal konsisten menyantuni mereka yang memerlukan di daerah itu.

Menjelang Syawal yang akan tiba tidak lama lagi, mereka menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 32 pelajar di Sekolah Rendah Agama (SRA) Parit 4 di sini pada 28 April.

Para pelajar yang disantuni sumbangan duit raya ,air kotak infaq kutipan daripada ahli jawatankuasa pasukan itu ,kerepek sukun dan coklat.

Turut tidak dilupakan, guru guru sekolah tersebut yang juga diberikan sumbangan air kotak dan kerepek.

Pada hari yang sama, mereka turut menyantuni seorang penduduk, Sawiah Othman yang menderita kanser usus tahap 4.

Puan Sawiah yang tinggal di Tali Air 3 Jalan Pantai Sungai, Burung Tanjung Karang di sini menerima sumbangan wang tunai daripada SAY Kuala Selangor.

Turun padang menyantuni mereka ini ialah Pengerusi SAY Kuala Selangor, Puan Asmah Husin dibantu Naib Bendaharinya, Radzilawati Redzwan serta dua ahlijawatankuasa dan 2 ahli pasukan itu.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *