Home » Citra Yadim » Kontinjen YADIM ke Majlis Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia (IJPAM)

Kontinjen YADIM ke Majlis Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia (IJPAM)

BERTANDING Dengan semangat juara!
Kontinjen YADIM ke Majlis Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia (IJPAM) menerima amanat daripada Ketua Pegawai Eksekutif, Ustaz Zamri Zainal Abidin dalam satu acara ringkas pada 29 September.
Beliau berpesan agar semua atlet YADIM menjadikan IJPAM sebagai medan juang permainan serta medan merealisasikan perpaduan asas Malaysia Madani.
Kalah menang sudah jadi adat permainan ujarnya, namun tunjukkanlah fairplay yang terbaik ketika bertanding.
Ustaz Zamri juga menyerahkan bendera YADIM kepada Ketua Kontinjen, Encik Ahmad Saparudin Yusup serta jersi kepada para atlet.
Kontinjen YADIM terdiri daripada 60 orang atlet yang akan bertanding dalam bola sepak, badminton berpasukan, memanah, bowling serta dart dalam IJPAM kali ini.
Selamat berjuang kepada semua atlet YADIM yang akan bertolak ke Kota Kinabalu bermula 30 September.
Semoga penganjuran IJPAM 2023 dapat menjadi wadah perpaduan buat para penjawat agama seterusnya merealisasikan dakwah islamiah.
IJPAM 2023 akan berlangsung pada 30 September hingga 5 Oktober di sekitar Kota Kinabalu.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *