Home » Citra Yadim » Sesi Indonesia Right Fair (IRF)

Sesi Indonesia Right Fair (IRF)

LENSA Hari kedua YADIM di Pesta Buku Antarabangsa Indonesia (IIBF) 2023.
Antara yang berlangsung pada 28 September ini ialah Wawancara Sofa Putih Nusantara ‘Mengangkat Peradaban dan Pemikiran Ilmu Nusantara’ bertempat di Panggung Utama IIBF 2023.
Seterusnya yang ditunggu tunggu sudah tentu sesi Indonesia Right Fair (IRF) bagi tujuan membeli dan menjual hak cipta bersama penerbit-penerbit buku antarabangsa yang terdiri dari pelbagai negara seperti China, Korea, Turki, Thailand , Indonesia, Iran, Malaysia, Singapura dan India.
Antara yang sempat YADIM berunding pihak bagi tujuan tersebut adalah UiTM Press, Gema Insani, Republika, Penerbit Buku Kompas, Noura Publishing, Mizan dan PT Lentera.
Setiap yang terbabit berpeluang berunding bersama penerbit dan pembeli yang berpotensi untuk membeli hak cipta bahan terbitan.
Antara yang dirundingkan ialah hak untuk terjemahan dalam pelbagai bahasa, cetak ulang bahan terbitan, mengadaptasi bahan terbitan dalam bentuk drama, dokumentari, filem dan lain lain.
IIBF 2023 akan berlangsung hingga 1 Oktober ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *