Home » Citra Yadim » Konvensyen Kebangsaan Rakan Siswa YADIM

Konvensyen Kebangsaan Rakan Siswa YADIM

SUNGAI PETANI – Rakan Siswa YADIM (RSY) tahun ini berkampung di sini bagi melaksanakan Konvensyen Kebangsaan Rakan Siswa YADIM yang menghimpunkan ahli ahlinya dari seluruh negara.

Dengan pelbagai pengisian bagi pemerkasaan pertubuhan ini, konvensyen kali ini diadakan selama tiga hari bermula 11 hingga 13 Mac bagi tujuan berkenaan yang melibatkan seramai 182 peserta.

Konvensyen ini antara fungsinya merupakan platform bagi para pesertanya membincangkan hala tuju dan gerak kerja pertubuhan berkenaan.

Ia juga melibatkan kehadiran beberapa tokoh bagi tujuan perkongsian pengalaman dan motivasi.

Antara yang hadir ialah aktivis kemanusiaan Malaysia di Gaza, Nadir Al Nuri, Calon Anugerah Pelajar Diraja Universiti Malaysia, Mohd Norhisham Talang dan Pemenang Anugerah Tekno Daie Akademi Daie Muda YADIM, Nur Izzati Elya Alfian.

Selain pengisian seperti Forum Anak Muda, sesi dialaog bersama Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Nadwah Kepimpinan Mahasiswa Islam dan Anugerah RSY, konvensyen kali ini turut mengadakan sesi Dialog Keluarga Malaysia yang menampilkan tokoh pelbagai agama.

Antaranya ialah Ketua Pegawai Eksekutif Global Unity Network, Bro Shah Kirit Kalkulam Govinji mewakili agama Islam, Ketua Paderi Gereja-Gereja Selangor Utara TAC Methodist, Pastor Jonathan A/L Jesudas (Kristian) dan Pengerusi Buddhist Missionary Society Malaysia cawangan Perak , Dr. Ooi Hean Beng (Buddha).

Sesi penutup konvensyen tahun ini disempurnakan oleh Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan pada 13 Mac.

Hadir sama ke konvensyen ini ialah Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda YADIM, Shahrizal Mat dan pegawai pegawai bahagian tersebut.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *