Home » Citra Yadim » Kursus pengurusan jenazah DUN Kemuning

Kursus pengurusan jenazah DUN Kemuning

MACHANG – Satu kursus pengurusan jenazah yang dianjurkan bersama oleh YADIM Kelantan dan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Kemuning telah diadakan di sini pada 12 Mac.

Kursus selama satu hari tersebut telah dilaksanakan di tiga lokasi secara serentak iaitu di Masjid Ar Rasyidin, Masjid Ehsan dan Masjid Mukim Bunut. Seramai 75 orang peserta terdiri daripada penghulu dan ahli kariah telah hadir.

Melalui kursus ini, para peserta telah diberi latihan secara dengan teori dan praktikal dalam pengurusan jenazah bagi menambah pengetahuan dan kemahiran berkaitan berkaitan tatacara proses berkenaan.

Hadir merasmikan program ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Kemuning, Yang Berhormat Ustaz Haji Mohd Roseli Ismail. Turut hadir ialah Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang.

Artikel Berkaitan

Mendekati Anak Muda, Menghayati Kisah Rasulullah

BANDAR MUADZAM SHAH – Meneruskan program mendekati mahasiswa, YADIM menerusi Bahagian Kepimpinan Muda telah menganjurkan Program Menghayati Kisah Rasulullah dan Kenegaraan Malaysia

YADIM Turut Serta Program MADANI Kita

KUALA LUMPUR – Program MADANI Kita bersama Komuniti Lembah Pantai telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *