Home » Citra Yadim » YADIM alu alukan kerjasama lahir pendakwah pelbagai bangsa

YADIM alu alukan kerjasama lahir pendakwah pelbagai bangsa

HULU LANGAT – Sebagai inisiatif melahirkan lebih ramai pendakwah, khususnya golongan muda, YADIM amat mengalu alukan sebarang kerjasama dengan mana mana pihak untuk tujuan tersebut.

Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Ustaz Azhar Yahya berkata, pihaknya mahu melahirkan pendakwah daripada etnik yang pelbagai di negara ini.

“Masa depan mereka (pendakwah) Cina amat cerah, kalau hari ini daripada komuniti Cina, kita jemput selepas ini daripada etnik lain pula.

“Kita mahu jadikan Institut Latihan Dakwah YADIM (INDAH) ini sebagai pusat latihan bagi tujuan melahirkan golongan ini,”ujar beliau selepas merasmikan majlis penutup Bengkel Dakwah Etnik Cina di INDAH pada 25 September.

Hadir sama dalam majlis ini ialah wakil Hidayah Centre Foundation (HCF), Ahmad Syafiq Mohd Afendi.

HCF merupakan rakan kerjasama YADIM dalam program ini. Sebelum ini, kedua pihak telah bersetuju untuk bekerjasama dalam pelbagai aspek dakwah terutamnya dalam bidang pengkaderan.

Seramai 40 peserta daripada etnik Cina menyertai bengkel tiga hari dua malam ini bertujuan memerkasakan dan memberi pendedahan secara amali, khususnya di lapangan kepada mereka yang akan menjalankan kerja kerja dakwah di seluruh negara selepas ini.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *