Home » Citra Yadim » Konvoi Street Dakwah ‘Cintakan Rasul’ YADIM bersama DUAT

Konvoi Street Dakwah ‘Cintakan Rasul’ YADIM bersama DUAT

KUALA TERENGGANU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu telah bekerjasama dengan Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) bagi menjayakan program  Street Dakwah ‘Cintakan Rasul’ pada 28 Oktober.

Bertempat di Perkarangan Masjid Terapung dan Dataran Awam Pantai Batu Buruk di sini,  sukarelawan dari pejabat DUAT telah disertai seramai 30 orang Sukarelawan YADIM (SAY) dari daerah Kuala Terengganu dan Marang.

Program ini bermula dengan aktiviti konvoi bermotosikal pada jam 4.30 petang dari perkarangan Masjid Terapung sehingga ke  Dataran Awam Pantai Batu Buruk.

Setibanya di sana, satu sesi taklimat dan penerangan ringkas diadakan oleh Timbalan Pengarah DUAT, Ustaz Wan Zuki dan Pengarah YADIM Negeri Terengganu,  Ustaz Nasrul Hadi Saiadin

Para sukarelawan kemudiannya dibahagikan kepada beberapa kumpulan serta ditugaskan untuk mengedarkan risalah dakwah sempena Maulidur Rasul serta goodies makanan kepada pengunjung.

Program ini merupakan sebahagian daripada pengisian Bulan Dakwah 2.0 YADIM.

Terima kasih diucapkan kepada SAY  yang hadir memberi sokongan serta Pejabat DUAT dalam kerjasama menjayakan program sempena Maulidur Rasul ini.

 

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *